Saturday, November 7, 2009

Nukilan Ansara

Madah Pakar Ansara

Jalur Gemilang seri negara
Kibaran perkasa lambaian sakti
Luhur dan cemerlang Angkatan Ansara
Di pentas persada menabur bakti.

Falsafah

Sesungguhnya sebaik-baik manusia adalah mereka yang banyak membawa kebaikan kepada yang lain.
Lain ertinya
  • Bukan diri sendiri,
  • Bukan ahli keluarga sendiri
  • Bukan rakan kelas, homeroom atau dorm sendiri
  • Bukan rakan batch sendiri
  • Bukan rakan maktab sendiri, mahupun
  • Bukan rakan lepasan MRSM itu sendiri


Sesungguhnya tanggungjawab kerajaan/ pemerintah adalah melaksanakan untuk rakyat apa yang tidak mampu dilaksanakan sendiri oleh rakyat.
Justeru

  • Menjadi tanggungjawab rakyat meningkatkan kemampuan mereka bagi mengurangkan beban kerajaan/ pemerintah terhadap perkara-perkara yang mampu mereka laksanakan sendiri.
  • Rakyat berperanan sebagai pelengkap kepada usaha kerajaan/ pemerintah dengan melakukan perkara-perkara yang belum dilaksanakan demi kebaikan umum.
Matlamat

Sesungguhnya Ansara merupakan sebuah wadah bagi lepasan MRSM membawa kebaikan bagi lain.

Selaras dengan asal usul sebagai golongan yang meraih manfaat usaha pembangunan modal insan, Ansara adalah gagasan membina Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dan bermaruah dengan melahirkan sumber manusia yang lebih terdidik dan terlatih melalui program-program pembangunan khususnya pendidikan dan pembangunan manusia.

Riak Kebaikan
Jambatan Kebaikan
Ansara sebagai jambatan penghubung antara pemberi dan penerima
Ansara membina jambatan penyalur kebaikan

Kejayaan Ansara sebagai jambatan bergantung kepada

  • Kekukuhan bekas pelajar MRSM sebagai warga Ansara
  • Keberkesanan aktiviti Ansara bagi golongan penerima
  • Kesediaan"rakan-rakan" Ansara membantu menjayakan pencapaian matlamat Ansara
Madah Pakar Ansara

Dataran Merdeka berwarna megah
Kecerian rakyat kekal terlukis
Cerdik dan pintar pakar berwajah
Beramal, bermuafakat, maju merintis.


Gagasan Ansara


Aktiviti

Aktiviti Hiliran
Bagi pihak berkepentingan luaran Ansara khususnya warga pendidik dan pelajar sekolah serta masyarakat umum.
Aktiviti Huluan
Bagi keperluan pihak berkepentingan dalaman Ansara iaitu ahli-ahli Ansara
Acara Khas
Bagi menarik penglibatan dan sumbangan bekas pelajar MRSM, masyarakat umum, pihak kerajaan, swasta dan bukan kerajaan untuk kebaikan semua pihak berkepentingan Ansara serta memantapkan "jenama" Ansara.


Aktiviti Hiliran
  • TabungHarapan Ihsan Pelajar Ansara-berterusan
  • Program Buku Untuk Sekolah-berterusan
  • Jasa Pendidikan-berterusan
  • Geran Program Pembangunan Sekolah- berterusan
  • Kempen Derma Darah Kebangsaan– tahunan sejak 2007

Aktiviti Huluan
  • Sekretariat & PentadbiranPersatuan
  • Kelab Sukan Ansara
  • Gedung Seni& Warisan Ansara
  • Panggung Ansara
  • Liga Alumni
  • Dana Am


Aktiviti atau Acara Khas

  • Bolasepak Piala Ansara–tahunan sejak 1994
  • Karnival Ragbi 10s Ansara–tahunan sejak 2005
  • Karnival Sukan Ansara–tahunan sejak 2000
  • Kembara Ansara–tahunan sejak 2006
  • MalamAnsara-tahunan sejak 2007
  • Golf Harapan Ihsan Pelajar Ansara–bermula2009


Jalan Hadapan


Sejak ditubuhkan pada tahun1994, Ansara melalui aktiviti-aktiviti berkala dan khas, secara konsisten telah menjalankan peranan membina bangsa dan negara khususnya didalam bidang pembangunan modal insan.

Sumber kewangan dan tenaga pentadbiran yang kukuh dapat memantapkan lagi peranan dan sumbangan Ansara kepada masyarakat.


Madah Pakar Ansara


Kampung dan bandar junjungan pusaka,
Tapak semaian riwayat bermula,
Pakar Ansara berikrar bersetia,
Kemajuan bangsa diamanah sentiasa.













No comments:

Post a Comment