Saturday, November 7, 2009

Nukilan Ansara

Madah Pakar Ansara

Jalur Gemilang seri negara
Kibaran perkasa lambaian sakti
Luhur dan cemerlang Angkatan Ansara
Di pentas persada menabur bakti.

Falsafah

Sesungguhnya sebaik-baik manusia adalah mereka yang banyak membawa kebaikan kepada yang lain.
Lain ertinya
  • Bukan diri sendiri,
  • Bukan ahli keluarga sendiri
  • Bukan rakan kelas, homeroom atau dorm sendiri
  • Bukan rakan batch sendiri
  • Bukan rakan maktab sendiri, mahupun
  • Bukan rakan lepasan MRSM itu sendiri


Sesungguhnya tanggungjawab kerajaan/ pemerintah adalah melaksanakan untuk rakyat apa yang tidak mampu dilaksanakan sendiri oleh rakyat.
Justeru

  • Menjadi tanggungjawab rakyat meningkatkan kemampuan mereka bagi mengurangkan beban kerajaan/ pemerintah terhadap perkara-perkara yang mampu mereka laksanakan sendiri.
  • Rakyat berperanan sebagai pelengkap kepada usaha kerajaan/ pemerintah dengan melakukan perkara-perkara yang belum dilaksanakan demi kebaikan umum.
Matlamat

Sesungguhnya Ansara merupakan sebuah wadah bagi lepasan MRSM membawa kebaikan bagi lain.

Selaras dengan asal usul sebagai golongan yang meraih manfaat usaha pembangunan modal insan, Ansara adalah gagasan membina Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dan bermaruah dengan melahirkan sumber manusia yang lebih terdidik dan terlatih melalui program-program pembangunan khususnya pendidikan dan pembangunan manusia.

Riak Kebaikan
Jambatan Kebaikan
Ansara sebagai jambatan penghubung antara pemberi dan penerima
Ansara membina jambatan penyalur kebaikan

Kejayaan Ansara sebagai jambatan bergantung kepada

  • Kekukuhan bekas pelajar MRSM sebagai warga Ansara
  • Keberkesanan aktiviti Ansara bagi golongan penerima
  • Kesediaan"rakan-rakan" Ansara membantu menjayakan pencapaian matlamat Ansara
Madah Pakar Ansara

Dataran Merdeka berwarna megah
Kecerian rakyat kekal terlukis
Cerdik dan pintar pakar berwajah
Beramal, bermuafakat, maju merintis.


Gagasan Ansara


Aktiviti

Aktiviti Hiliran
Bagi pihak berkepentingan luaran Ansara khususnya warga pendidik dan pelajar sekolah serta masyarakat umum.
Aktiviti Huluan
Bagi keperluan pihak berkepentingan dalaman Ansara iaitu ahli-ahli Ansara
Acara Khas
Bagi menarik penglibatan dan sumbangan bekas pelajar MRSM, masyarakat umum, pihak kerajaan, swasta dan bukan kerajaan untuk kebaikan semua pihak berkepentingan Ansara serta memantapkan "jenama" Ansara.


Aktiviti Hiliran
  • TabungHarapan Ihsan Pelajar Ansara-berterusan
  • Program Buku Untuk Sekolah-berterusan
  • Jasa Pendidikan-berterusan
  • Geran Program Pembangunan Sekolah- berterusan
  • Kempen Derma Darah Kebangsaan– tahunan sejak 2007

Aktiviti Huluan
  • Sekretariat & PentadbiranPersatuan
  • Kelab Sukan Ansara
  • Gedung Seni& Warisan Ansara
  • Panggung Ansara
  • Liga Alumni
  • Dana Am


Aktiviti atau Acara Khas

  • Bolasepak Piala Ansara–tahunan sejak 1994
  • Karnival Ragbi 10s Ansara–tahunan sejak 2005
  • Karnival Sukan Ansara–tahunan sejak 2000
  • Kembara Ansara–tahunan sejak 2006
  • MalamAnsara-tahunan sejak 2007
  • Golf Harapan Ihsan Pelajar Ansara–bermula2009


Jalan Hadapan


Sejak ditubuhkan pada tahun1994, Ansara melalui aktiviti-aktiviti berkala dan khas, secara konsisten telah menjalankan peranan membina bangsa dan negara khususnya didalam bidang pembangunan modal insan.

Sumber kewangan dan tenaga pentadbiran yang kukuh dapat memantapkan lagi peranan dan sumbangan Ansara kepada masyarakat.


Madah Pakar Ansara


Kampung dan bandar junjungan pusaka,
Tapak semaian riwayat bermula,
Pakar Ansara berikrar bersetia,
Kemajuan bangsa diamanah sentiasa.













Friday, November 6, 2009

Sejarah ANSARA

Sejarah ANSARA bermula dari cetusan ide YBhg Dato’ Jamaluddin Abdul Hamid (mantan Timbalan Ketua Pengarah MARA) pada tahun 1989 kepada beberapa bekas pelajar perintis MRSM yang mencadangkan supaya semua pelajar lepasan MRSM bernaung di bawah dibawah satu persatuan alumni. Beliau berpendapat bahawa hanya melalui berpersatuan, pelajar lepasan MRSM akan dapat menyumbang khidmat bakti mereka kepada Negara dengan lebih efektif.

Hasrat untuk mengadakan satu pertubuhan untuk semua pelajar lepasan MRSM bernaung adalah sesuatu yang murni dan ideal. Namun begitu, demi untuk memelihara identiti, keunikan serta nilai-nilai tersendiri setiap MRSM, persetujuan sebulat suara telah dicapai dikalangan Ahli Jawatankuasa Pro-Tem untuk menubuhkan Persatuan Pelajar Lepasan MRSM (PPLM) diperingkat MRSM sebelum bergabung untuk membentuk ANSARA.


Berkat usaha tanpa mengenal penat lelah Ahli Jawatankuasa Pro-Tem serta pegawai-pegawai dari Bahagian Pelajaran Menengah MARA (En Ramli, En Ghazali, En Ikram & En Alias), hasrat untuk menubuhkan ANSARA semakain hari semakin menjadi reality.

Tanggal 14hb Februari 1993 telah menyaksikan hampir 1,000 orang pelajar lepasan MRSM berkumpul di Oditorium MARA, Bangunan MARA (Lama). Majlis tersebut telah diserikan lagi dengan kehadiran Menteri Perusahaan Awam, YB Dato’ Dr Mohd Yusof Noor.

Mengorak langkah seterusnya, ANSARA telah memohon untuk mendaftarkan persatuan ini dengan rasminya dan telah mendapat kelulusan dari Pendaftar pertubuhan pada tanggal 14hb Disember 1993. Mesyuarat Agung Pertama ANSARA, pada masa tersebut menggunakan nama Gabungan Persatuan Pelajar Lepasan MRSM Malaysia, telah diadakan pada 15hb Mei 1994.

Sembilan (9) Persatuan-persatuan Pelajar Lepasan MRSM telah bersetuju untuk bergabung dan bernaung dibawah ANSARA sebagai ahli. Persatuan-persatuan tersebut adalah PPLM Seremban, Kota Bharu, Kuantan, Kulim, Kuala Trengganu, Muar, Jasin, Beseri dan Balik Pulau.

Pelbagai aktiviti dijalankan oleh PPLM untuk ahli masing-masing manakala ANSARA memberikan tumpuan khusus kepada program-program yang melangkaui PPLM dan disertai oleh semua. Dasar terbuka ANSARA juga telah menyaksi beberapa individu serta kumpulan dari luar kelompok bekas pelajar MRSM turut terlibat.

Pada tahun 1999, Jawatankuasa Pusat ANSARA telah bersetuju untuk menukar format persatuan dengan tidak lagi menggunakan PPLM sebagai ahli kepada ANSARA. Oleh yang demikian, terma “Gabungan” tidak lagi sesuai digunakan. Sebagai ganti, ANSARA akan dianggotai oleh semua bekas pelajar manakala fungsi PPLM diambil alih oleh Cawangan-cawangan. Adalah dicadangkan bahawa nama penuh ANSARA ditukar kepada Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia.

Pada tanggal 17hb September 1999, Jawatankuasa Pusat ANSARA telah menghantar surat permohonan untuk menukar nama dan perlembagaan ANSARA dan ianya telah diluluskan oleh Pendaftar Persatuan pada 17hb Ogos 2000 melalui surat mereka bertarikh 6hb September 2000.

Serentak dengan kelulusan tersebut, sepuluh cawangan telah didaftarkan sebagai cawangan-cawangan di dalam ANSARA. Cawangan-cawangan tersebut adalah ANSARA Seremban, ANSARA Kota Bharu, ANSARA Kuantan (Kuatagh), ANSARA Kulim, ANSARA Muar, ANSARA Jasin, ANSARA Beseri (Anseri), ANSARA Balik Pulau, ANSARA Taiping serta ANSARA Kuala Berang. Manakala PPLM Kuala Trengganu mengambil keputusan untuk kekal sebagai PPLM dan tidak membentuk cawangan dibawah ANSARA.

Setelah pengstrukturan semula, ANSARA bertambah mantap dari segi pengurusan dan logistik. ANSARA meneruskan pelbagai aktiviti atau program terutama yang berteraskan pendidikan dan kebajikan. Program-program kerjaya dan bimbingan serta motivasi dipergiatkkan. Kerja-kerja kebajikan tidak sahaja terhad kepada manfaat ahli, malah juga merangkumi masyarakat diluar kelompok bekas pelajar MRSM malah mengcakupi program-program kebajikan peringkat antarabangsa.

Sehingga kini, ANSARA mempunyai empat belas (14) cawangan yang berdaftar setelah ANSARA Terendak ditubuhkan pada 2003, diikuti oleh ANSARA Serting (2004), ANSARA PDRM Kulim (2005) serta ANSARA Gerik (2007). Manakala bagi bekas pelajar yang tidak mempunyai cawangan berdaftar, keahlian mereka diambil alih oleh ANSARA Pusat dan diselenggara oleh Sekretariat ANSARA. Adalah menjadi harapan ANSARA agar lebih ramai lagi bekas pelajar MRSM tampil kehadapan mendaftar sebagai ahli serta banyak lagi cawangan-cawangan ANSARA akan ditubuhkan.

Disediakan oleh : Sekretariat ANSARA

layari http://ansara.org.my

Thursday, November 5, 2009

Band performance

Do you have a band ?

INTERESTED to perform for Malam Ansara 2009?

Contact :
Zalina (XMRSM Jasin)
E-mail :
zalina.halim@gmail.com or zalina_halim@yahoo.com

Wednesday, November 4, 2009

Tentative Program

7.45 pm
Registration & Arrival of Guests

8.15 pm
Arrival of Datuk Mukhriz Tun Mahathir, President ANSARA and
Other VIPs Invited

8.30 pm
Doa Recital

8.35 pm
Introduction of New Exco Lineup followed by singing of Lagu Maktab

8.45 pm
Welcome Remarks by the Datuk Mukhriz Tun Mahathir, President ANSARA

9.10 pm
Video by Pioneer Batch – MRSM Seremban

9.20 pm
Dinner is served

9.50 pm
Performance 1 : ANSARA Jasin

10.00 pm
Prize giving for Piala Ansara Golf

10.10 pm
Performance 3: ANSARA Balik Pulau

10.20 pm
Book Giving ceremony

10.30 pm
Performance 4 : Ghazal Party Queen Sneak Peek

10.40 pm
Performance 5: ANSARA xxx

10.50 pm
Cheque Handing Over Ceremony

11.00 pm
Good Night – See you Next Year

This is only tentative program. Definitely it will have minor changes prior the dinner. But that is not important...the important is you are there with Ansara community

Borang Pembayaran

BORANG MAKLUMAT PENYUMBANG BAGI MALAM ANSARA 2009

Tarikh:

Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia (ANSARA)
Tingkat 2 Bangunan Medan MARA
Jalan Raja Laut P.O. Box 13600
50816 Kuala Lumpur
(Fax: 03 – 2713 9349 / Tel: 03-2713 9348 / email : sekretariat_ansara@yahoo.com)

Dato’/Datin/Tuan/Puan,

SUMBANGAN BAGI MALAM ANSARA 2009

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sehubungan dengan itu, sukacita dimaklumkan sumbangan/tajaan dari saya/cawangan/syarikat kami sempena MALAM ANSARA 2009 bagi mengisi dana ANSARA dengan :

o Pembelian Tempat Duduk @ RM 150/seorang
Bilangan Tempat Duduk ________
Jumlah (RM) ________

o Pembelian Tempat Duduk Pelajar @ RM 60/seorang
Bilangan Tempat Duduk ________
Jumlah (RM) ________

o Pembelian Meja @ RM 1,500/meja
Bilangan Meja ________
Jumlah (RM) ________


o Pembelian Meja Tabung Hip @ RM 3,000/meja
Bilangan Meja ________
Jumlah (RM) ________

o Sumbangan Ikhlas : RM ________________________

Bersama-sama ini disertakan butiran individu/cawangan/syarikat untuk tindakan tuan selanjutnya.

Maklumat Individu/Cawangan/Syarikat : _______________________________
Alamat : _______________________________
_______________________________
No. Tel : __________________
Nama Pegawai Dihubungi :__________________


Bayaran untuk pembelian tempat duduk perseorangan dan meja, anda boleh membayar tunai, cek atau credit bank
Nama EON BANK BERHAD
Akaun 0050-10-001241-8
Nama Akaun ANSARA

Bayaran untuk pembelian meja tabung HIP, anda boleh membayar tunai, cek atau credit bank

1. CIMB Bank - Caw Plaza Raja Chulan
Akaun No: 1414-0035683-05-1
Nama Akaun : ANSARA - Tabung HIP

2. Maybank - Caw Jalan Raja Muda
Akaun No: 514093410644
Nama Akaun : Persatuan Bekas Pelajar MRSM

3. CIMB Bank - Caw Menara MRCB
Akaun No: 1217-0015737-05-3
Nama Akaun : Persatuan Pelajar Lepasan MRSM

__________________________________________________________________________________

MAKLUMAT PEMBAYARAN

Bentuk sumbangan:
1. Tunai
Jumlah: RM ____________

2. Cek
No Cek ___________
Bank Pembayar_________________
No Slip Bank _________________
Jumlah: RM ____________

3. Credit Bank (hanya untuk meja dan tempat duduk)
EON BANK BERHAD (Akaun 0050-10-001241-8)
Nama Akaun ANSARA
Jumlah: RM ____________

4. Credit Bank (hanya untuk meja Tabung HIP dan sumbangan)

CIMB Bank - Caw Plaza Raja Chulan (Akaun No: 1414-0035683-05-1)
Nama Akaun : ANSARA - Tabung HIP
Jumlah: RM ____________

Maybank - Caw Jalan Raja Muda (Akaun No: 514093410644)
Nama Akaun : Persatuan Bekas Pelajar MRSM
Jumlah: RM ____________

CIMB Bank - Caw Menara MRCB (Akaun No: 1217-0015737-05-3)
Nama Akaun : Persatuan Pelajar Lepasan MRSM
Jumlah: RM ____________




Sekian, terima kasih.

Yang benar,




_____________________________

Nota : Mohon kembalikan borang ini bersama bukti pembayaran samaada melalui fax/email/serahan tangan.

Senarai Ketua Cawangan

1. Kim Mahmud (Wakil Seremban)
E-mail : kimisawa@gmail.com

2. Zahari Mohamed (Kota Bharu)
E-mail : zaharimohd@yahoo.com

3. Amiruddin Ahmad Tajudin (Kuantan)
E-mail : amir6162@yahoo.com

4. Raja Ali Raja Othman (Kulim)
E-mail : raja-ali.raja-othman@db.com

5. Nazaruddin Rahmat Muji Mohamed Razali (Beseri)
E-mail : nashrazali@yahoo.com

6. Ahmad Fuaad Kenali (Taiping)
E-mail : ahmad-fuaad.kenali@my.ey.com

7. Zalina Tan Sri Halim (Jasin)
E-mail : zalina.halim@gmail.com / zalina_halim@yahoo.com

8. Norhalim Iskandar Hj Halal (Kuala Berang)
E-mail : nhalim@hotmail.com

9. Salihudin Ahmad Khalid (Muar)
E-mail : aihud@yahoo.com

10. Zainudin Dato’ Haji Abdul Majid (Balik Pulau)
E-mail : zainudinmajid@gmail.com

11. YB. Dato’ Razali Haji Ibrahim (Terendak)
E-mail : razaliibrahim@kbs.gov.my

12. Rozaimi Shamsuddin (Serting)
E-mail: rozaimi_sham@yahoo.com

13. Mohd Firdaus Abu Naim (PDRM)
E-mail : encik_firdaus@yahoo.com

14. Y.Bhg. Dato’ Shahrin Datuk Zahari (Gerik)
E-mail : shahrin@vertiglobal.com

Jika cawangan anda tidak tersenarai disini, sila berhubung terus dengan

Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia (ANSARA)
Tingkat 2 Bangunan Medan MARA
Jalan Raja Laut P.O. Box 13600
50816 Kuala Lumpur
Fax: 03 – 2713 9349
Tel: 03-2713 9348
email : sekretariat_ansara@yahoo.com

Bagaimana ingin menyertainya ?

Malam Ansara V 2009 akan diadakan pada 22 November 2009 di PWTC.

Jualan Meja:

30 meja cawangan pada harga RM1,500 semeja
5 Meja Tabung HIP pada harga Rm3,000 semeja
5 Meja Individu terbuka pada harga
Tiket Individu – RM150
Tiket Kelamin – RM250
5 meja pelajar pada harga RM60 seorang (bawah 26 tahun dan belajar sepenuh masa)

Bagaimana ingin menyertainya ?

Membeli tiket cawangan dari cawangan masing-masing. Jika anda kenal Ketua Cawangan MRSM anda, berhubung terus dengan beliau (senarai 14 Ketua Cawangan ada dipaparkan di halaman lain. Sila rujuk)

ATAU

2. Membuat bayaran terus kepada ANSARA

Untuk membeli tiket individu/kelamin/pelajar/meja cawangan, bayaran hendaklah dibuat melalui

Nama EON BANK BERHAD

Akaun 0050-10-001241-8
Nama Akaun ANSARA

Untuk membeli meja tabung HIP, bayaran hendaklah dibuat melalui bank-bank yg tersebut dibawah

1. CIMB Bank - Caw Plaza Raja Chulan
Akaun No: 1414-0035683-05-1
Nama Akaun : ANSARA - Tabung HIP

2. Maybank - Caw Jalan Raja Muda
Akaun No: 514093410644
Nama Akaun : Persatuan Bekas Pelajar MRSM

3. CIMB Bank - Caw Menara MRCB
Akaun No: 1217-0015737-05-3
Nama Akaun : Persatuan Pelajar Lepasan MRSM

Selepas membuat bayaran, mohon kembalikan borang bersama bukti pembayaran samaada melalui fax/email/serahan tangan kepada

Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia (ANSARA)
Tingkat 2 Bangunan Medan MARA
Jalan Raja Laut P.O. Box 13600
50816 Kuala Lumpur
(Fax: 03 – 2713 9349 / Tel: 03-2713 9348 / email : sekretariat_ansara@yahoo.com)

p/s borang bole didapati di halaman yang lain


ATAU

layari untuk online form

http://fs10.formsite.com/liga-a/MalamAnsara/index.html



---------